Pilihan raya negeri Selangor 2008
Pilihan raya negeri Selangor 2008

Pilihan raya negeri Selangor 2008

Pilihan raya negeri Selangor telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Mac tahun 2008, bersamaan dengan pilihan raya umum Malaysia 2008. Hari penamaan calon telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada hari Ahad, 12 Februari 2008.[1][2] Pengundian berlangsung di seluruh 56 kawasan pilihan raya negeri dengan masing-masing pengundi memilih calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke Dewan Undangan Negeri Selangor. Parti Barisan Nasional berjaya mendapat sebanyak 20 kerusi di Dewan Negeri Selangor manakala parti pembakang (Pakatan Rakyat) berjaya mendapatkan lebih banyak berbanding Barisan Nasional iaitu sebanyak 36 kerusi.[3] Oleh itu, Selangor merupakan salah satu daripada lima kemenangan Pakatan Rakyat yang mencirikan kekuatan pembangkang yang sangat kuat yang akan dialami Malaysia dalam dekad berikutnya, dan memandangkan kedudukannya sebagai negeri utama, ia dianggap sebagai kekalahan yang paling besar dan mengejutkan bagi Barisan Nasional.[4]Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibubarkan secara automatik pada 13 Februari 2008,[5] ulang tahun kelima sidang pertama dan pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari (dua bulan) pembubaran (pada atau sebelum 13 Februari 2008, dengan tarikh yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia), melainkan dibubarkan sebelum tarikh itu oleh Ketua Negara, Sultan Selangor atas nasihat Ketua Menteri, Menteri Besar Selangor.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan raya negeri Selangor 2008 http://malaysia.news.yahoo.com/afp/20080308/tap-ma... http://praya.hmetro.com.my/Current_News/Pilihanray... http://thestar.com.my/election/results/08/08s.html http://dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/Undang%20-... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh... http://web.archive.org/web/20080415054339/http://t... http://web.archive.org/web/20080529052456/http://p... https://www.klik.com.my/item/story/4248575/mengund... https://www.klik.com.my/item/story/4254242/14-dita... https://www.klik.com.my/item/story/4287993/pesta-p...